Subhanallah! Sunguh Hebat Ayat Kursi Jika Kita Amalkan.

Assalamualaikum dan hai semua pembaca yang Cik N sayangi. Sihat ke semua? Cik N harap semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Haa.. Cuba senyum sikit. Kan cantik dan manis kan muka tu. Oke, semua dah baca kan tajuk yang Cik N nak kongsikan hari ni? Kita teruskan pada kisah tentang ayat kursi ni ya.

 

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis al quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Subhanallah. Hebat sungguh ayat kursi ni. Kalau kita dapat amalkan, insyaAllah kita akan rasa  semua kelebihan ayat kursi ni. Jom kita baca antara fadhilat-fadhilat yang kita akan dapat jika kita sering amalkan ayat kursi dalam kehidupan seharian kita.

 

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.”

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”Menurut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” barangsiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darajatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

 

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Sangat-sangat hebat ayat kursi ni akan memberi kesan kepada semua. Jom kita sama-sama melazimi ayat kursi ni. Mudah je kan? Tak sampai 30 minit pun ambil masa untuk baca.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *