7 Bahaya TENGKING Anak Yang Ramai TAK TAHU !!!

Ramai mak ayah ambil sikap acuh tak acuh dengan sikap mereka yang suka menengking anak bila anak buat salah. Yang lebih teruk lagi, sanggup pukul anak tanpa rasa bersalah.

Di bawah merupakan 7 bahaya menengking anak berdasarkan satu kajian universiti di Yogyakarta Indonesia.

1. Menengking Boleh Rosakkan Sel Otak Anak

Menengking dan meninggi suara dengan perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga. Kalau ditambah dengan satu pukulan atau cubitan, lebih dari berjuta-juta sel otak akan mati waktu itu juga.

Sebaliknya, dengan 1 pujian yang ditambah dengan kehangatan pelukan dan kasih sayang boleh membantu kecerdasan seorang anak yang akan membuatkan otaknya berkembang dengan sangat cepat.

 

Untuk jangka masa panjang, anak-anak yang selalu ditengking sejak kecil akan membesar menjadi orang yang lebih banyak mengelamun, dan lambat dalam memahami sesuatu.

Dan biasanya, mereka akan mudah untuk meluapkan rasa marah, panik dan sedih yang membuatkan mereka selalu stress dan depressed. Ini semua berpunca dari sedikitnya sel-sel otak yang aktif dari yang sepatutnya.

2. Menengking Boleh Lemahkan Jantung Anak

Denyut nadi seseorang dapat berubah-ubah – bergantung kepada suara yang didengar. Bila mak ayah suka marah anak dengan nada tinggi secara berterusan, organ jantung anak akan berdegup dengan sangat cepat (abnormal), yang menyebabkan jantung mudah letih.

3. Anak Akan Mudah Beremosional (Marah, Menangis, Mengamuk)

Sebagaimana tindakan mak ayahnya, anak-anak akan tiru perkara yang sama. Mereka akan membesar menjadi orang yang mudah marah, susah nak kawal diri, emosional, dan suka menjerit-jerit. Kekerasan yang mak ayah gunakan, sama ada verbal mahupun non verbal pastinya mendatangkan kesan buruk pada psikologi anak-anak.

4. Tahap Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Menurun

Anak-anak adalah cerminan didikan mak ayahnya. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Bila mak ayah marah anak depan kawan-kawannya, self-esteem mereka akan jatuh menjunam disebabkan malunya dengan keadaan tu.

Bila dah selalu dimalukan depan orang ramai, tahap kepercayaan anak kepada mak ayahnya akan makin menurun. Kesannya, semua nasihat dan arahan mak ayah ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

5. Anak Menjadi Tertekan

Bila mak ayah masih suka menengking walaupun anak dah menginjak ke usia remaja, mereka akan menunjukkan lebih banyak gejala tekanan perasaan berbanding kawan-kawan yang sebaya dan seusia dengannya yang tidak mengalami situasi yang sama.

Walaupun mak ayah ada “niat yang baik” untuk didik anak, tetapi kalau dengan cara marah, hina dan bentak, sikap anak-anak yang nak dibetulkan tu akan bertambah buruk.

6. Sukar Menjadi Pendengar Yang Baik

Kalau nak anak jadi pendengar yang baik dan mudah ikut nasihat, mak ayahnya kena jadi pendengar yang baik dulu.

Bila mak ayah memilih untuk bercakap dengan nada yang tinggi atau membentak, perkembangan anak-anak akan terganggu dan tahap pendengarannya akan terjejas.

7. Anak Kurang Yakin Sebab Takut Buat Salah

Anak yang selalu dibentak dan dimarahi, terutamanya dimarahi secara membabi buta berisiko mengalami kesukaran dalam melakukan suatu tugasan dengan sempurna.

Hal ini berpunca dari rasa takut yang membuak-buak sebab selalu kena marah bila buat salah. Secara tak langsung, anak-anak lebih suka memilih untuk tak berbuat apa-apa, berbanding turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang lebih sihat.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *