Malaysia Quran Hour & World Quran Hour 2017

Kempen Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour 2017 yang dijadual berlangsung ma­sing-masing pada 19 Jun 2017 ( 24 Ramadan 1438H) dan 31 Ogos 2017 (9 Zulhijah 1438H) ini sekali lagi menghimpunkan 10 organisasi media cetak dan elektronik di negara ini bagi mempromosi program terbabit.

Malaysia #QuranHour yang bertemakan “Bangsa Berbudi dan Penyayang” akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.

Kempen World QuranHour dengan tema “World of Compassion (Dunia Kasih Sayang)” pula dijangka diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor pada waktu yang sama.

Antara media yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah Kosmo!, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV AlHijrah, Astro dan Kumpulan Media Prima selain penglibatan Yayasan Wa­risan Ummah Ikhlas (WUI) selaku sekretariat kempen.

Pengasas WUI, Datuk Husammuddin Yaacob berkata, tahun ini adalah tahun kedua 10 media utama ini bergabung dalam menjayakan program yang dilihat mampu mencetuskan gelombang dan minat masyarakat kepada al-Quran.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Ahmad Yani Abdul Manaf semasa ditemu ramah Bernama Radio di Wisma Bernama berkata, program ini menggalak umat Islam membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.

Diharap program dapat membantu memudahkan umat Islam agar lebih memahami dan dapat membaca al-Quran sepanjang tahun. Bagi individu yang tidak lancar membaca al-Quran, mereka boleh membaca terjemahannya.

Sepanjang program, beberapa aktiviti turut diadakan antaranya tadabbur, tazakur dan membaca ayat terjemahan al-Quran. Menurut beliau, sejak kempen dijalankan, individu, pelajar dan komuniti Islam di luar negara memberi sambutan hangat melalui perkongsian di laman sosial masing-masing.

Jom ambil peluang untuk sama-sama luangkan masa selama sejam pada 19 Jun dan 31 Ogos ini untuk mengalunkan serta menghayati kalam-kalam suci Al-Qur’anul Kareem. Semoga usaha ini menjadi pencetus kepada hijrah diri untuk membudayakan pembacaan Al-Qur’an setiap hari.

Nak belajar mengaji Al-Qur’an di rumah? Hubungi NsN Islamic Quranic & Home Tuition melalui laman sesawang nsnhometuition.com atau facebook rasmi kami.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *