Kenapa Solat Kita Tak Diterima ALLAH?

 

 

 

Hujung tahun  2107 kecoh sangat pasal Trump jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Guys,can you imagine our FIRST kiblah,sekarang menjadi ibu nagara ISRAEL?

YA ALLAH.

 

Dalam ramai yang boikot sana,demonstrasi sini, tapi lupa untuk solat.

Ada juga yang solat,tapi mungkin juga solat nya tidak diterima ALLAH.

Apa PUNCA solat kita mungkin tidak diterima ALLAH ni?

 

1.Memakan Harta Yang Haram

Memakan harta yang di dapati dari cara yang tidak dibenarkan dalam syariat

islam(HARAM) seperti riba,rasuah dan memakan harta anak yatim.

Namun,di zaman sekarang  ramai yang mencari rezeki dengan cara yang tidak

dianjurkan oleh Islam,tidak kira dari kalangan bawahan atau atasan.

Dalam Quran ALLAH berfirman:

 

“Dan janganlah sebahgian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu

dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim,

supaya kamu dapat memakan sebahagian dari pada harta benda orang lain itu

dengan (jalan berbuat) dosa,padahal kamu mengetahuinya” (Al-Baqarah:188)

 

 

 

2.Derhaka Kepada Orang Tua

Sering kali kita tidak sedar bahawa sikap, tingkah laku, pertuturan dan perbuatan

kita sehari-hari terkadang membuat orang tua kita sakit hati.Anak yang berbakti kepada

orang tua adalah anak yang tidak pernah membantah perintah atau nasihat orang tua

selagi masih wajar dan tidak bertentangan dengan ajaran islam.

 

Ini sebagaimana ditegaskan dalam surah An-Nisa’ ayat 36:

“Dan sembahlah ALLAH  dan janganlah kamu mempersekutukan- NYA dengan sesuatu apapun.

Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua,karib kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,tetangga dekat dan tetangga jauh,teman sejawat,ibnu-sabil dan hamba sahaya yang

kamu miliki. Sungguh,ALLAH tidak menyukia orang yang somboang dan membanggakan diri.”

 

Perintah Islam supaya anak berbuat baik dan mentaati kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar.

Kawal diri anda untuk menjadi insan yang berguna dan tidak derhaka kepada org tua.

 

 

3.Meringankan Solat

Dalam hal ini,meremehkan atau melakukan solat dengan sesuka hati,

menganggapnya remeh.Bacaan dalam solat yang salah.Al-Fatihah

adalah salah satu rukun solat dan  kita wajib membacanya dengan betul.

Contoh bacaan Al-Fatihah yang salah :

 

[1] Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

~ Penambahan satu titik pada huruf ha’ di kata yang terakhir (ar-rohiim) menjadi (ar-rokhiim) ternyata mengubah arti.

  • رَحِيْم= penyayang
  • رَخِيْم= merdu

 

 

[2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

~ Perubahan huruk ha’ pada kata yang pertama (al-hamdu) menjadi kaf (al-kamdu) juga mengakibatkan perubahan makna.

  • اَلْحَمْدُ= pujian/segala puji
  • اَلْكَمْدُ= penderitaan, kesedihan yang sangat, kesuraman

 

Indah nya kalau kita boleh baca Al-Fatihah dengan betulkan? Nak tak jadi antara yang bertuah untuk sertai Kempen Bijak Al-Fatihah? Jangan lupa like dan follow facebook rasmi kami(NsN Home Tuition) ya. Insya-Allah kami akan umumkan berita gembira ini secepat mungkin. Share dekat rakan-rakan juga tau. Kita sama-sama rebut peluang untuk belajar secara PERCUMA.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *