PERLU KE UCAP SALAM SEBELUM MEMASUKI RUMAH?

‘Angah, bagi salam dulu la sebelum masuk rumah.’ tegur Ummi. Haa, selalu kena tegur macam tu kan. Bila rumah tak ada orang pun kita dipesan untuk bagi salam. Assalamualaikum. Satu ucapan yang mudah. Kita pun setiap kali call, angkat call atau jumpa siapa-siapa mesti bagi salam. Tapi mungkin hanya sedikit yang benar-benar faham makna dibalik salam tersebut.

Mengucapkan salam hukumnya sunnah, sedang menjawabnya adalah wajib. “Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh” (Semoga diberikan keselamatan atasmu, dan rahmat Allah serta berkah-Nya kepadamu). sedangkan jawaban salam “Wa ‘alaikumsalam Warahmatullahi Wa Barakatuh”, (Dan semoga diberikan keselamatan atasmu, dan rahmat Allah serta berkah-Nya juga kepadamu”).

KETIKA MEMASUKI RUMAH.

Bagaimana dengan Mengucapkan salam ketika memasuki rumah?
Ada segelintir daripada kita yang masih lagi keliru ketika memberi salam untuk masuk ke rumah.
Jika rumah itu kita yakin ada penghuni maka berilah salam seperti biasa:
“Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

 

فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. (An-Nuur 24:61)

Follow je cara-cara kat bawah ni.

  1. Masuk rumah dahulu.
  2. Beri salam.
  3. Wajib bagi yang mendengar salam (di dalam rumah) menjawab salam.

 

MEMASUKI RUMAH YANG KOSONG.

Ucapkanlah juga salam “Assalamualaina Wa’ala ibadillahissolihin.”

Kalau dalam rumah tiada orang, malaikat yang akan jawab salam kita tetapi, jika syaitan yang ada di dalam rumah kita, salam itu akan memedihkan telinga syaitan, dan membuatnya lari.

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:

“Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)

 

MEMASUKI RUMAH ORANG LAIN.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). (An-Nuur 24:27)

 

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (An-Nuur 24:28)

Follow je cara-cara kat bawah ni ya.

  1. Jangan masuk rumah dia dahulu.
  2. Beri salam.
  3. Palingkan muka dari pintu rumah. (bagi menjaga pandangan mata kita dan aurat keluarga tuan rumah).
  4. Setelah mendapat keizinan tuan rumah, barulah boleh masuk.

 

Jom mulai hari ni kita lazimi memberi salam sebelum masuk rumah. Kita semua mendidik diri dan anak-anak serta seluruh ahli keluaga serta rakan-rakan kita agar melazimkan diri memberi salam ketika hendak masuk ke dalam rumah.

Cik N yakin kita juga dapat mengaplikasikan amalan ini bukan sahaja bila memasuki rumah, tetapi dapat diluaskan amalannya bila memasuki sesebuah premis seperti  bilik darjah, dewan seminar, pejabat maupun kedai. Semoga catatan ringkas ini memberi peringatan dan manfaat buat semua.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *