Surah Al-Waqiah, Surah Kekayaan?

Assalamualaikum. Hai semua follower kesayangan Cik N. Apa khabar? Sihat?

Cik N harap semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

 

Oke, kali ni Cik N nak kongsikan sikit tentang kebaikan atau fadhilat surah al-waqiah. Selalu sangat kan kita dengar banyak kebaikan kalau kita baca surah al-waqiah ni. Ada yang suruh kita jadikan salah satu favourite surah untuk diri sendiri. Surah al-waqiah surah kekayaan? Eh, macam mana tu? Jom baca sampai habis kalau nak tau macam mana.

 

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

 

Rezeki bukan setakat duit atau wang je tau. Dapat keputusan yang cemerlang tu rezeki, dapat beli kereta yang diidam-idamkan, dapat memberi kebahagian kepada orang lain pun rezeki jugak tau. Macam-macam bentuk rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Masih lagi bernafas di muka bumi Allah ni pun rezeki.

 

Jadi, tak salah kalau kita jadikan al-waqiah sebagai amalan harian kita. Kalau tak sempat sangat nak baca, curi la masa antara maghrib dan isyak tu. Scroll Instagram, facebook, whatsapp boleh. Tak kan nak curi masa sekejap untuk scroll al-quran tak boleh? Ye la, scroll. Kan boleh download surah-surah yang kita nak sekarang ni. So, let’s make al-waqiah one of our favourite surah.

 

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *