10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab.

 

Assalamualaikum. Hai semua. Cik N harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh Allah. Insya Allah.

 

Semua orang ingin kan syurga. Betulkan? Setiap kali kita selesai solat mesti kita berdoa supaya mati dalam keadaan beriman dan ditempatkan disyurga. Cik N doakan semoga pembaca semua akan ditempatkan disyurga. InsyaAllah. Aminnn. Tapi, nak tahu tak 10 golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab? Jom kita baca siapa  golongan tu.

 

1) Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan) – Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.

 

2) Ahli As-Sabr (ahli kesabaran) – Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.

 

3) Berjiran kerana Allah – Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

 

4) Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (Hadis riwayat Jabir)

 

5) Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (Hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari).

 

6) Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

 

7) Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8) Orang islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

 

9) Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (Hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

 

10) Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)

 

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

 

Subhanallah. Bila dah baca tu teringinkan nak jadi salah sorang golongan masuk syurga tanpa hisab. Banyak yang kita boleh usaha kearah tu. Kita boleh mula berbuat baik dengan jiran-jiran. Tak nak la tak bertegur sapa ni. Kalau kita buat baik dengan jiran-jiran, insyaAllah anda akan rasa seronoknya berjiran ni.

 

Untuk para wanita yang dah berumahtangga, kalau kita taat pada suami, insyaAllah kita pun akan termasuk dalam golongan tersebut. Tapi kita macam mana? Taat tak pada suami? Kita ikut tak segala suruhan yang baik yang diajar suami? Kalau tak, masih sempat lg untuk kita perbaiki diri. InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Aminnn. Yang belum berkahwin jangan risau. Kita ada ibu bapa kan? Bahagiakan mereka. Berbakti pada mereka. Minta ibu dan bapa doakan kita. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab. Aminnn.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *