Hidup Tidak Bahagia Akibat Hutang?

Assalamualaikum. Hai you all!

Hutang wajib dibayar walau tak dituntut kan? Hmmm, tapi kebanyakkan tak kisah pun. Contoh hutang untuk belajar, selalunya PTPTN la kan. Ramai je kan yang tak nak bayar sebab cakap dah bayar banyak pun, hutang masih banyak. Sebab jumlah pinjaman tak nampak penurunan, tak nak bayar. Tapi hutang yang bila bayar balik dan tak ada interest, tak nak bayar jugak. Macam mana tu? Tak takut ke roh tergantung bila dah meninggal nanti?
#1 Roh terapung-apung di awanan

Mengikut sebuah hadis Nabi S.A.W bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah  S.A.W: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Bukan tu je yang menjelaskan pasal hutang. Panjang penjelasan soal hutang ni. Tapi ramai yang buat tak tahu.

#2 Wajib dilangsaikan

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud:-

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.

Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.

Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

 

 

Berdasarkan hadis dan firman Allah SWT yang dinyatakan diatas, hutang bukanlah perkara mainan dalam Islam. Perancangan untuk pembayaran semula hutang yang anda miliki mesti dirancang dari sekarang khususnya bagi kemungkinan situasi hutang masih belum langsai ketika ditakdirkan anda meninggal dunia.

Kalau hutang tu anda dah langsaikan, insya Allah kehidupan lepas ni lagi baik. Macam Cik N sendiri kalau ada hutang, cuba selesaikan secepat mungkin. Sebab mesti berlaku sesuatu kalau Cik N tak selesaikan. Rasa tak tenang pun ya jugak. Yela kan, kita dah hutang ngan orang mesti la kena bayar balik. So, selesaikan la hutang yang anda dah buat tu. Sebab anda dikira aniaya orang kalau tak bayar hutang. Dan doa orang dianiaya ni makbul. Tak takut ke? Tenang ke hidup anda? Berkat ke hidup kalau tak bayar hutang? Fikir – fikir kan la ye.

 

 

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *