ANAK TAK NAK PERGI SEKOLAH?

 

 

“Mirul tak nak pegi sekolah. Mirul nak duduk rumah. “
Mesti ada ibu bapa yang mengalami situasi macam ni jugak kan? Ada tu, peluk kaki ibu atau ayah nangis-nangis  tak nak pegi sekolah. Kita ni nak pergi kerja, nanti lambat bos marah pulak. Macam2 la kita fikir. Nak tinggal je, kesian pulak. Macam mana nak buat ni?

Banyak sebab bila anak-anak tak nak pergi sekolah. Tapi ramai ibu bapa kat luar sana yang ambil mudah je perkara ni. Ada yang marah lagi anak sebab buat hal pagi-pagi. Ada tak kita tanya, “Kenapa Mirul tak nak pergi sekolah? Sekolah tak best ke?”. Dengar dulu jawapan anak-anak, bukan terus marah atau paksa anak-anak pergi sekolah. Dah tahu, baru la kite boleh tangani masalah anak kita.

So, Cik N nak share sikit tip macam mana nak bina keyakinan dan tarik minat anak-anak ke sekolah.
Macam mana ea kita nak suruh anak pergi sekolah?

1. Kata-kata pujukan.

Hati-hati dengan kata-kata kita terhadap anak-anak. Sebab anak-anak ni sangat sensitif dengan setiap kata ibu ayah mereka. Kalau pagi-pagi lagi kita marah-marah anak sebab lambat bersiap atau lambat bangun, automatik motivasi nak pergi ke sekolah yang tinggi merudum terus. Kalau boleh, puji anak setiap pagi supaya dia seronok nak pergi sekolah.

2. Jangan ambil lambat.

Untuk bulan yang pertama sekolah ni, elakkan lah ambil anak-anak  lambat untuk balik rumah. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut bila tengok kawan dah pulang. Memang yer punnn…Masih ingat perasaan itu sewaktu kecil dalu. Kawan-kawan semua dah balik, tinggal awak jer. Huwaaa. Takut tinggal sorang-sorang kat sekolah.

3. Luangkan Bersama

Cik N tahu, memang penat bekerja. Tapi, sekurang-kurangnya luangkan la masa sejam dua untuk anak-anak. Tanya aktiviti dia, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya. Kalau ada kerja sekolah, bantu dia untuk siapkan.

4. Bagi ganjaran

Haaaa. Ini memang kena buat awal-awal. Pastikan ada hadiah untuk dia rasa seronok. Tak perlu mahal, janji ganjaran itu adalah salah satu semangat dia nak ke sekolah dan akan dapat tiap kali pulang. Bagi masa untuk main game sebagai hadiah pun oke dah. Tak payah keluar modal mahal-mahal.

 

5. Beri duit secukupnya.

Kalau ada masa untuk masak dan beri anak bawa bekal, itu yang terbaik. Jika  sibuk, beri duit je untuk mereka belanja di kantin. Tapi, jangan sampai banyak sangat. Takut kena ‘pau’ dari pelajar lebih senior. Wang belanja dalam lingkungan RM3-5 adalah yang paling ideal. Cukup untuk makan dan minum waktu rehat. Kalau boleh, pesan dekat anak bawa balik baki. Sepuluh sen pun tak pe. Kenapa pula ea? Cara macam ni, kita boleh suruh dia menabung. Baki  tadi, masukkan dalam tabung. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila anak-anak dah biasa menyimpan, nanti dah besar kan senang. J

Cik N harap perkongsian kali ni memberi manfaat kepada ibu ayah kat luar sana.
Haaa, sebelum Cik N terlupa, jangan lupa doakan anak-anak juga. Semoga dia seronok dan gembira nak ke sekolah.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *