Cara Buat Jadual Belajar Yang Berkesan

Ramai parents yang stress bila anak-anak masih belum berjaya urus masa kat rumah, terutamanya masa belajar. Bukan kata ulangkaji, nak buat homework pun susah! Waktu nak pergi sekolah paginya tu barulah kelam kabut siapkan kerja yang cikgu bagi.

Tambah-tambah lagi bila zaman siber ni. Masa banyak habis pada TV, video games dan gajet! Allahu, memang cukup besar cabaran parents sekarang ni kan. Meh NsN bantu ringankan sikit kepala mommies and daddies.

Nak tahu macamana nak buat jadual belajar untuk anak-anak dengan lebih berkesan? Baca ni 😄😄

[✔] Kenalpasti kemampuan anak-anak. Kaji kelebihan dan kelemahan diorang dari sudut penguasaan mata pelajaran melalui result exam bulanan di sekolah.

[✔] Beri tumpuan yang lebih pada mata pelajaran teras (BM, BI, Maths & Sains) terutamanya mata pelajaran yang masih belum dikuasai.

[✔] Hadkan setiap sesi pembelajaran atau latihan kepada setengah jam (30 minit) diselangi waktu rehat selama 15 minit bagi untuk memori yang lebih kuat (dan bagi mengelakkan keletihan otak).

[✔] Fokuskan mata pelajaran yang melibatkan pengiraan dan formula seperti Matematik, Fizik dan subjek yang berkaitan dengannya pada sebelah petang bagi mengelakkan mengantuk.

[✔] Mata pelajaran sastera dan teori yang lebih santai boleh diulangkaji pada waktu malam.

[✔] Luangkan masa untuk bersukan dan beriadah selama 45 minit – 1 jam pada waktu petang. Elakkan aktiviti yang ekstrim supaya tidak terlalu keletihan untuk sesi ulangkaji pada waktu malam.

[✔] Amalkan solat fardu tepat pada waktunya untuk fadilat kelapangan masa yang luar biasa! Banyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an selepas solat sebagai terapi jiwa dan minda.

[✔] Bangun pagi lebih awal sebelum waktu Subuh untuk menunaikan solat sunat (tahajud, taubat & hajat) dan menghafal mata pelajaran yang melibatkan fakta.

Ini adalah contoh pembahagian aktiviti seharian dan masa belajar yang boleh dijadikan panduan semua.


Tip yang sangat berguna kan? Moga membantu untuk anak-anak lebih fokus dan seronok belajar.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *