6 Cara Atasi Mengantuk Ketika Belajar

Selalu menguap bila baca buku atau buat revision? Kerap kali tertidur bila cikgu sedang mengajar di depan? Ikuti 6 TIP mudah ini!

#1 Kenal pasti tanda mengantuk anda dengan segera.

Ini amat penting terutamanya semasa di dalam kelas. Simptom utama biasanya adalah menguap. Jika tidak dikesan puncanya daripada awal, dibimbangi anda akan tertidur semasa cikgu sedang mengajar. Terlepas input penting!

#2 Basuh muka.

Tak kiralah sama ada anda di rumah atau di kelas, anda patut bangun dan pergi ke tandas untuk mencuci muka bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kadang-kadang, waktu anda berjalan menuju ke tandas itu juga satu cara untuk hilangkan mengantuk. Sampai-sampai je dekat meja belajar, insha-Allah dah segar semula.

 

#3 Buat senaman ringan.

Jika tidak mahu ke tandas, gerak-gerakkan tangan dan kaki anda. Buat senaman-senaman ringan yang tidak memerlukan anda bangun dari tempat duduk anda. Goyang-goyangkan tangan dan kaki.

 

#4 Minum air kosong dan hirup udara segar

Rasa mengantuk tu datang daripada kurangnya oksigen yang pergi ke otak kita. Maka bila anda sedang belajar sendiri di rumah, pilihlah ruang yang mempunyai pengudaraan yang selesa dan udara semulajadi yang nyaman. Paling mudah, banyakkan minum air kosong atau air mineral untuk kekal segar.

#5 Rehatkan mata seketika

Segarkan mata anda dengan memandang benda-benda semulajadi terutamanya yang berwarna lembut seperti hijau daun dan birunya langit. Luangkan seminit dua sebelum menyambung semula untuk menelaah pelajaran.

#6 Berwuduk

Bagi Muslim, amatlah baik bila diamalkan berwuduk untuk mengembalikan kesegaran tubuh dan minda. Terutamanya apabila belajar di waktu tengah malam, ambillah wuduk dan tunaikanlah solat-solat sunat. Kemudian sambung kembali belajar. Insha-Allah, rasa mengantuk yang juga permainan syaitan itu akan hilang!

 

Tips yang sangat membantu bukan? Moga waktu belajar dapat dimanfaatkan secara maksimum bila anda segar dan kekal fokus.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *